Laksa merupakan salah satu karbohidrat yang selalunya dihidangkan bersama kuah masam masam manis menghasilkan juadah yang sangat lazat dan mempunyai variasi rasa yang sangat menarik. Terdapat pelbagai jenis laksa serta terdapat pelbagai cara untuk menyediakan laksa ini. Walaubagaimanapun, kali ini kami bawakan resepi laksa tepung homemade yang lebih mudah untuk menyediakan serta lebih lazat dan mesra ekonomi.
Laksa tepung homemade ini sangat mudah untuk disediakan. Ianya hanya menggunakan dua bahan yang ringkas iaitu tepung gandum dan air. Rahsia kepada laksa yang sedap terletak kepada cara uli yang memerlukan masa dan kemahiran. Walaubagaimanapun, cara pembuatannya ringkas dan sesiapa sahaja boleh mencuba resepi ini.
Resepi laksa ini telah dikongsikan oleh Hanim Umairah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!
Resepi Laksa Tepung Homemade
Bahan – bahan:
Laksa Homemade:
- 1 kg tepung gandum
- Sedikit air
Kuah:
- Ikan sardin
- Ikan termenung
- 3 senduk cili kering
- Sedikit cili padi
- Sedikit belacan
- Segenggam ikan bilis
- 3 biji bawang besar
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Asam keping
Cara – cara memasak:
Laksa homemade:
- Uli tepung gandum dengan sedikit air (Tak perlu sampai menjadi doh, jangan terlalu lembik)
- Leperkan menggunakan mesin mee sebelum masuk ke tempat membuat mee.
- Sambil itu, masukkan air ke dalam periuk sehingga mendidih.
- Masukkan laksa tadi sehingga 5 ke 10 minit. (Sehingga laksa timbul)
- Angkat laksa dan letakkan kedalam besen berisi air.
- Alirkan dengan air paip untuk membuang kanji dan simpul simpulkan laksa supaya tidak melekat.
- Susu ke dalam penapis supaya air dapat ditoskan sehingga habis.
- Siap!
Kuah laksa:
- Bersihkan ikan dan rebus dengan sedikit asam keping.
- Pisahkan isi ikan dan tulang.
- Kisarkan isi ikan, bawang, cili kering, belacan dan sedikit ikan bilis.
- Kisarkan tulang ikan (tidak terlalu hancur) dan tapi untuk mengambil airnya.
- Campuran sekali ke dalam periuk dan letakkan asam keping dan bunga kantan.
- Masak sehingga mendidih dan masukkan daun kesum.
- Tambahkan seketul kiub ikan bilis sekiranya anda mahu.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Leave a Reply