Resepi kali ini merupakan sejenis masakan cina yang amat mudah untuk disediakan. Ayam kicap mushroom ini amat sesuai dihidang sebagai hidangan utama bersama keluarga yang tersayang. Resepi ini diambil dari pelakon terkenal Adam Corrie yang sering berkongsi resepi menarik beliau diinstagram.
Antara bahan yang digunakan ialah cendawan shitake, cili kering, bawang dan juga cili api. Jelas resepi ini diubahsuai demi memenuhi selera orang Melayu yang amat gemar pada kepedasan cili api. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda cuba dapati dikedai berdekatan.
Bahan perap
- ½ ekor ayam yang dipotong-potong kecil
- 1tbs sos tiram
- 1tbs kicap pekat (manis)
- 1tbs kicap cair
Bahan tumis
- Halia
- Cili kering
- Cili api
Bahan lain
- Cendawan shitake segar atau cendawan kering yang perlu direndam dahulu.
- 1 labu bawang putih
- Sedikit air tepung jagung
- Air (jika ingin banyak kuah)
- Garam seckup rasa.
Kaedah
- Perapkan ayam sekurang-kurangnya 4 jam
- Tumis bahan tumis dan kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
- Masukkan air dan biarkan merenih sebentar, kemudian masukkan garam jika kurang masin.
- Akhir sekali masukkan bawang putih seketul dan biarkan kuah pekat.
- Jangan lupa masukkan sedikit air tepung jagung.
- Siap!
Resepi ini saya ubahsuai sedikit mengikut selera dan bahan yang terdapat dirumah, namun begitu itu ia amat ringkas dan masa untuk menyediakan masakan ini amat singkat dan ia juga menggunakan bilangan bahan yang minima, diharap anda akan mencuba sendiri resepi mudah ini untuk menikmati sendiri keenakannya, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.