Resepi ini merupakan sejenis menu minuman yang jarang-jarang kita jumpa dicafe atau restoran. Red velvet Hot Chocolate merupakan sejenis minuman yang lazimnya dihidang dibulan cinta sempena valentine day. Namun begitu tidaklah salah rasanya jika anda ingin mencuba sendiri minuman yang lazat ini dan agak menarik, berikut dalalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 cawan susu keseluruhan
- 10 keping dark choc coin
- ½ tsp pewarna merah
- Secubit serbuk kayu manis
- Cairkan coklat dan tambah susu, pewarna dan serbuk kayu manis.
- Kemudian tambah susu kacau hingga sebati
Hiasan
- ¼ cawan heavy cream
- 1 tbsp krim keju, dilembutkan
- 1 tbsp gula halus
- secubit garam
- Pukul semua bahan dan ketepikan.
- Penyediaan
- Tuang hot chocolate dalam mug kaca yang tahan panas.
- Hias dengan krim yang dibancuh tadi.
Minuman sesuai jika dihidangkan bagi peminat minuman bercoklat. Pewarna merah digunakan didalam resepi ini namun anda juga boleh mencuba jus root beet yang berwarna merah. Apakata anda cuba sendiri dan rasa ikan kelazatannya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply