Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara-cara menyediakan pisang goreng Thailand. Resepi ini diambil daripada perkongsian pelakon dan pengarah drama terkenal Sheila Rusly yang juga merupakan tukang masak yang handal! Antara bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah kelapa parut dan bijan yang menjadi kelainan dalam rasanya.
Bagaimanapun beberapa bahan telah diolah agar sesuai dengan citarasa kami sekeluarga, berikut adalah bahan -bahan yang diperlukan.
Bahan adunan
- 11/2 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh baking powder
- 1 cawan air
- 2 sudu bijan
- sedikit pewarna kuning/ serbuk kunyit
- Campur tepung gandum,tepung beras,baking powder dan garam dalam 1 bekas
- Bancuh bahan-bahan tersebut dengan air dan tambah esen vanila dan pewarna kuning
- Kupas pisang dan hiris atau belah dua
- Celup dalam adunan batter dan goreng terendam hingga garing kedua-dua belahnya
- Toskan dan sedia dihidangkan panas-panas
Bijan yang digunakan didalam resepi ini memberi rasa dan aroma yang luar biasa sedap. Begitu juga pengguanaan tepung beras menjadikan pisang goreng ini rangup. Pisang goreng ini amat sesuai dijadikan hidangan minum petang atau dihidangkan untuk tetamu anda bersama secawan kopi! Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply