Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Cili Api Tenggiri Petai Kikis Original Negeri Sembilan

Resepi kali ini merupakan menu makan tengahari masakan kampung yang sangat terkenal berasal dari Negeri Sembilan. Masak lemak cili api Negeri Sembilan yang sebenarnya menggunakan bahan yang sangat ringkas iaitu cili api, kunyit hidup, limau kasturi dan santan sahaja. Biasanya ikan yang digunakan didalam masakan ini ialah ikan sungai seperti ikan talapia, keli salai atau ikan laut seperti ikan tenggiri. 

Cara membuatnya juga amat mudah dimana cili akan ditumbuk atau dikisar bersama kunyit hidup manakala kelapa parut akan diperah hingga menghasilkan santan yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu pati santan dan santan cair.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara menyediakan masak lemak cili api tenggiri bersama petai muda yang dimasak bersama kulitnya.  Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tenggiri papan
  • 2-3 papan petai – dikikis
  • 1 biji kelapa parut – santan segar
  • ¼ cawan asam limau kasturi 
  • Garam
  • Segenggam  cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih dan cili masak dan kering. 
  • Tuangkan santan segar dan kacau rata. 
  • Masukkan petai kikis, asam keping dan garam.
  •  Masak sehingga kuah mendidih sambil dikacau.
  • Akhir sekali, masukkan ikan dan kacau sehingga ikan masak dengan api kecil.
  • Siap!

Jika anda tidak mendapatkan kelapa parut anda boleh menggunakan santan kotak walaupun rasanya agak sedikit kurang lemak  namun masih boleh diterima. Penggunaan limau kasturi amat biasa dalam masakan lemak cili api Negeri Sembilan ini kerana ia lebih wangi, namun anda boleh juga menggunakan asam keping untuk rasa masamnya. Penggunaan petai pula sebaiknya gunakan jenis petai muda dan kikis kulitnya sebelum dimasukkan dalam masakan ini. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *