Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Agar-Agar Oren (Sejuk Nyaman)

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi pencuci mulut yang amat mudah untuk disediakan. Namun begitu walaupun mudah ia jarang ditemui, oleh itu anda seharusnya mencuba resepi ini sendiri. Tambahan pula bahannya amat ringkas dan bagi anda peminat buah oren pasti akan suka akan rasanya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Resepi Agar-Agar Oren

Bahan-bahan 

  • 6 biji oren bersaiz besar 
  • 1 pek serbuk agar-agar
  • 1 liter (air +jus oren)
  • 100 g gula
  •  Secubit garam
  • Mula-mula belah oren kepada dua bahagian. 
  • Kemudian keluarkan jusnya dan masukkan di dalam satu bekas.
  • Kosongkan kulit oren. Simpan untuk dijadikan acuan.
  • Kemudian di dalam satu periuk besar masukkan semua bahan.
  • Masak semua bahan sehingga menggelegak.
  • Tunggu sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam acuan. 
  • Gunakan kulit limau yang telah diasingkan tadi sebagai acuannya. 
  • Bakinya pula bolehlah dimasuk kedalam acuan yang lebih besar. 
  • Simpan di dalam peti ais sebelum dinikmati. 
  • Siap!

Sesuatu yang menarik bila anda menggunakan kulit buah oren sebagai acuannya. Apabila ia dipotong ia akan kelihatan seperti buah oren sebenar, barang kali ini amat sesuai juga dijadikan sebagai hantaran perkahwinan. Anda harus cuba sendiri resepi ini dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *