Berikut adalah resepi berasaskan tempoyak yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Udang masak tempoyak bersama sayur kangkung ini adalah masakan kampung. Ia menggunakan bahan yang sangat ringkas iaitu cili api, tempoyak dan air bersama udang dan juga sayur kangkung. Ringkas tetapi sedap,sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja tetapi ingin sesuatu yang sedap sebagai hidangan keluarga.
Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan, kebanyakan darinya boleh didapati di pasar pagi atau pasar tani.
Resepi Asam Rebus Tempoyak
Bahan utama
- 15 ekor udang besar
Bahan – bahan kisar
- Segenggam cili api
- 2 sudu besar tempoyak
- Air secukupnya
Rencah
- Sayur kangkung seikat (bersihkan dan siang)
Perasa
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Serbuk kunyit.
Kaedah
- Bersihkan udang dan perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan bahan-bahan kisar kedalam periuk.
- Tambahkan serbuk kunyit agar warnanya lebih cantik dan tambahkan juga air
- Tunggu kuah mengelegak, baru masukkan kangkung
- Tunggu sebentar,baru masukkan udangkan biarkan ia mengelegak.
- Tambah garam dan serbuk perasa.
- Siap!
Bagi anda yang gemar makan pedas jangan lupa untuk menambah sukatan cili api. Masakan ini adalah tidak terlalu masam kerana ia menggunakan udang namun jika anda ingin lebih masam bolehlah tambahkan asam keping. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply