Resepi Puding Karamel Lapis Coklat (Lazat Berkrim)
Mencari resepi puding caramel lapis coklat lazat?
Puding karamel lapis coklat adalah pencuci mulut yang lazat untuk memanjakan selera dengan gabungan rasa manis, lembut, dan berkrim. Lapisan pertama terdiri daripada karamel yang cair dan berkilat, memberikan rasa manis dengan sedikit sentuhan karamel yang unik. Manakala, lapisan kedua pula diperbuat daripada campuran telur, susu, dan serbuk koko berkualiti tinggi. Apabila kedua-dua lapisan ini digabungkan, ia mencipta rasa yang meleleh di dalam mulut.
Selain rasanya yang lazat, puding karamel lapis coklat juga mudah disediakan dengan bahan-bahan asas yang sering terdapat di dapur. Anda hanya memerlukan gula, telur, susu, serbuk koko, dan sedikit esen vanila untuk memberikan aroma yang lebih harum. Penyediaannya juga tidak terlalu rumit.
Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah resepi puding karamel lapis coklat ini hari ini dan nikmati sendiri kelembutan serta keenakan rasanya! Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, malah boleh dijadikan sebagai juadah istimewa di majlis keraian. Dengan 10 resepi puding caramel lapis coklat dari Facebook yang kami kongsikan di bawah, hidangan ini pasti akan menjadi kegemaran anda sekeluarga.
Kek coklat caramel puding Tebal
Resepi pertama iaitu Kek coklat caramel puding tebal ala Anis Zulkifeli yang tidak terlalu manis. Ada orang yang suka jenis berkrim vanilla kerana baunya lebih wangi dan supaya puding ada rongga-rongga. Boleh kurangkan susu pekat dan gula kalau suka kurang manis.
Bahan Puding :
- 2 sudu besar gula,
- 3 biji telur,
- Esen vanilla,
- 1 cawan susu cair,
- ½ cawan susu pekat,
- ½ cawan air masak.
Bahan kek coklat :
- ½ cawan susu pekat,
- ½ cawan susu cair,
- ½ cawan minyak,
- ½ cawan serbuk koko,
- ½ cawan gula,
- 1 biji telur,
- Sedikit esen vanilla,
- ½ cawan tepung,
- 1 sudu kecil baking powder,
- 1 sudu kecil baking soda.
Cara-cara :
- Kita buat puding dulu.
- Mula-mula cairkan 2 sudu besar gula dalam loyang size 7. Bila sudah cair, ketepikan nanti gula akan mengeras dalam loyang.
- Pukul 3 biji telur bersama esen vanilla.
- Masukkan 1 cawan susu cair, ½ cawan susu pekat, ½ cawan air masak. Kacau-kacau sampai sebati. Pukul sampai dia kembang ada buih-buih, baru hasil nanti puding ada rongga-rongga.
- Tapis masukkan dalam loyang caramel tadi. Kukus dalam 30 minit sampai masak.
Seterusnya buat kek coklat:
- Panaskan atas api perlahan ½ cawan susu pekat,
- ½ cawan susu cair,
- ½ cawan minyak,
- ½ cawan serbuk koko,
- ½ cawan gula. Agak-agak gula sudah larut, ketepikan.
- Pukul 1 biji telur dan sedikit esen vanilla sampai kembang. Masukkan dalam adunan yang kita masak tadi, kacau sebati.
- Ayak ½ cawan tepung, 1 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil baking soda. Campur semua sekali dalam adunan, kacau sampai sebati.
- Akhir sekali tuangkan adunan kek coklat atas puding caramel yang sudah siap masak. Kukus dalam 40 minit sampai masak.
- Jika sudah masak, kikis sekeliling loyang untuk elakkan kek melekat masa kita terbalikkan nanti. InsyaAllah hasilnya cantik.
Kek Coklat Puding Cheese Karamel
Ayuh buat kek coklat puding cheese caramel ala Rohaya Binti Hassan. Sebenarnya boleh atur tebal ikut selera sendiri. Masukkan separuh sahaja adunan kek ke atas puding. Kalau masukkan semua nanti kek akan tebal sangat.
Bahan-bahan Puding Caramel:
- Masukkan 3 @ 4 sudu gula dalam loyang,
- Masak atas dapur dengan api perlahan sampai gula cair dan menjadi perang. Ratakan dalam loyang dan biarkan sejuk.
- 3 biji telur,
- 1 tin susu cair,
- 1 cawan susu pekat,
- 250g cream cheese tatura,
- 1 sudu besar perahan lemon,
- Secubit garam,
- 2 keping roti gardenia,
- 2 sudu esen vanilla.
Cara-cara :
- Blend semua bahan di atas.
- Masukkan ke dalam loyang.
- Kukus selama 20 minit dengan api perlahan.
- Bila puding siap, sejukkan sekejap. Lorekkan permukaan puding dengan garfu sedikit.
- Kemudian masukkan adunan kek ke atas puding tadi perlahan-lahan, kukus balik selama 45 minit.
Bahan-bahan kek coklat :
- 3 biji telur#,
- ½ cawan gula#,
- ½ cawan susu pekat#,
- 1 cawan susu cair#,
- 1 cawan minyak,
- 1 cawan serbuk koko,
- 1 ½ tepung gandum,
- 1 sudu baking powder,
- 1 soda bikarbonat.
Cara-cara :
- Blend semua yang bertanda #.
- Tuang dalam bekas, masukkan minyak, kacau-kacau rata.
- Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda.
- Gaul rata, siap. Boleh tuangkan ke atas puding tadi perlahan-lahan gunakan senduk.
- Guna loyang saiz 9.
Puding Roti Caramel Coklat
Roti yang tidak habis kita jadikan dessert, ini cara yang sangat simple dan pantas AL Khalaf Nasuha buat dengan cara menggunakan blender dan rice cooker sahaja, juga guna saiz loyang 16cm.
Bahan-bahan :
- Roti 2 keping,
- Telur 2 biji,
- Gula pasir 2 sudu,
- Susu cair 2/3 tin (250ml),
- Esen vanilla,
- Serbuk Coklat 1 sudu,
Bahan Caramel :
- 5 sudu air dan 3 sudu gula,
- Kukus dalam ½ jam.
- Cara-cara menyediakan :
Cara 1 :
- Koyakkan roti,
- Masukkan telur 2 biji,
- Tuang susu cair lebih kurang 2/3 tin,
- Masukkan gula pasir 2 sudu besar,
- Sedikit esen vanilla.
- Blend sampai halus hingga berbuih.
Cara 2:
- Ambil sedikit bancuhan tadi (1/3),
- Campur satu sudu besar serbuk koko,
- Tambah gula (ikut selera).
- Kacau rata.
Step 3: Gula Caramel
- Panaskan loyang dengan api sederhana.
- Masukkan air masak satu senduk.
- Tambah gula pasir 3 sudu besar.
- Bila gula sudah bertukar warna keemasan, cepat tutup api. Kalau tidak caramel jadi gula hangus.
- Masukkan dalam rice cooker (saiz loyang comel muat dalam rice cooker).
Step 4:
- Tuang bancuhan dari blender.
- Tutup dan kukus dalam 10 minit.
Step 5:
- Buka rice cooker, kalau bancuhan putih sudah masak sedikit macam telur, boleh tuang bancuhan coklat pula.
- Tuang secara perlahan. Kalau tidak tercampur yang putih tadi.
- Kukus lagi dalam 20 minit. Siap.
- Pudding akan susut. Bila sudah suam baru terbalikkan. (jangan sampai loyang sejuk. Nanti gula caramel keras tidak cantik bila terbalikkan).
- Jangan lupa lalukan pisau keliling loyang sebelum terbalikkan.
Puding Karamel Lapis Coklat Mudah
Puding resepi daripada Masz Rita di laman Facebook, sedap dimakan sejuk-sejuk. Sesiapa pun boleh buat untuk makan sendiri jadi makanan pencuci mulut.
Bahan A :
- 1 tin susu cair,
- 5 sb gula pasir,
- 3 biji telur gred A,
- ½ penutup esen vanilla.
Bahan B:
- 1 tin susu cair,
- 5 sb gula pasir,
- 3 biji telur gred A,
- 4 sb serbok koko.
Bahan C :
- 2 sb gula pasir (hanguskan).
Cara-cara :
- Masukkan gula dalam loyang size 7″. Masak api sederhana sampai warna keperangan, ketepikan.
- Kacau sebati bahan A dan bahan C dalam 2 bekas berasingan, tapiskan.
- Panaskan pengukus.
- Masukkan 1 cawan bahan A. Kukus 5-7 minit.
- Selang seli kan dengan bahan B, kukus lagi 5-7 minit. Ulang step sehingga habis adunan. (Sukatan sama tiap lapisan).
- Lapisan terakhir kukus 10 minit.
- Sudah siap, sejukkan baru telungkupkan.
Puding Caramel Lapis Coklat Mewah
Mencari idea untuk kek hari jadi? Kek coklat puding caramel jawabnya. Bahan-bahan yang digunakan senang sangat didapatkan, tapi hasilnya menjadi cantik dan mewah. Ayuh cubakan resepi daripada Aya Hushin.
Bahan-bahan :
- 370 ml susu cair,
- 100 g cawan gula,
- 3 sb susu pekat,
- 3 biji telur (gred A),
- 1 sk esen vanilla,
- 2 keping roti gardenia (buangkan tepi).
Cara-cara :
- Blend sampai halus semua bahan-bahan tadi, ketepikan.
- Masak 3 sb gula tanpa air sehingga menjadi perang dan masukkan ke dalam loyang, ratakan (untuk caramel).
- Tapiskan bahan blend ke dalam loyang caramel tadi.
- Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus selama 20-25 minit.
- *Sementara tunggu puding masak kita sediakan bahan-bahan untuk kek coklat.
Bahan-bahan Kek Coklat (guna cawan kopi saja) :
- 2 biji telur (gred A),
- 1 cawan gula,
- ½ cawan susu pekat,
- 1 cawan susu cair,
- 1 cawan minyak,
- 1 sk esen vanilla,
- 1 cawan serbuk koko,
- *blend semua bahan kt atas dan masuk ke dalam bekas.
- 1 cawan ½ tepung gandum,
- 1 sk baking powder,
- 1 sk soda bikarbonat,
- * ayak semua bahan di atas dan masukkan ke dalam bahan yang sudah diblend tadi. Kacau sekata.
Cara-cara :
- Masukkan adunan kek coklat ke dalam puding karamel yang sudah siap kukus tadi.
- Kukus lagi selama 40 minit atau lebih.
- Sudah siap kukus, tunggu sejuk sekejap, terbalikkan loyang ke dalam bekas yang anda suka.
Nota:
Semua bahan-bahan ini boleh dapat dua biji kek.
Puding Caramel Layer Kek Milo Moist
Boleh bayangkan masin-masin manis caramel berganding dengan coklat milo yang lazat. Boleh gantikan Milo dengan coklat lain yang anda sukai. Resepi daripada Aida Anissah amat menyelerakan.
Bahan Lapisan Pertama Sos Caramel :
- Gula 3-4 sudu, masak atas kuali sampai cair sepenuhnya dan berwarna perang (tuang terus dalam loyang/bekas).
Bahan Lapisan ke-2 Puding :
- Telur 3 biji,
- Susu cair setengah cawan,
- Susu pekat setengah cawan,
- Asen vanilla 1 penutup,
- (Kacau rata jangan sampai berbuih dan tapis).
Lapisan ke-3 Kek Milo Moist :
- Milo setengah cawan,
- Susu cair setengah cawan,
- Setengah cawan tepung gandum,
- Telur 1 biji,
- Sodabikarbonat 1sk,
- Baking powder 1sk,
- Minyak masak 2 sudu,
- (Kacau rata dan tapis).
Cara-cara :
- Ambil loyang/bekas yang sudah berisi sos caramel, tuang bahan bancuhan puding dan kukus sampai masak.
- Apabila puding sudah masak, lorek-lorek kan permukaan puding dengan garfu, supaya kek Milo dan puding melekat elok.
- Lapiskan kek Milo kemudian dikukus sehingga masak.
- Kemudian simpan dalam peti ais dan sejukkan. Sedia untuk dihidang.
Puding Karamel Lapis Coklat Mini
Hari-hari ada yang tempah kek coklat puding caramel air tangan Ayu Hj Wan Muhammad. Bagaimana tidak, resepi yang diberi di bawah ini amat lazat dan comel, sesuai untuk dijadikan hidangan majlis.
Bahan Puding :
- 1 tin susu cair,
- ½ cawan gula,
- 3 sudu besar susu pekat,
- 4 biji telur A,
- Sedikit esen vanilla,
- 2 keping roti buangkan tepi dan carik-carikkan.
Cara-cara :
- Blender semua bahan sehingga halus.
- Tapiskan ke dalam loyang karamel.
- Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 20-25 minit.
- Sementara tunggu puding masak, kita sediakan pula bahan kek coklat.
Bahan Kek Coklat :
- 5 biji telur,
- 1 cawan gula,
- 1 cawan susu pekat,
- ¼ cawan susu cair,
- ½ cawan air panas,
- 1 cawan minyak,
- Secubit garam,
- 1 ¾ cawan gandum,
- 1 cawan serbuk koko,
- 1st baking powder,
- 1st soda bikarbonat.
Cara-cara :
- Gaulkan telur sampai kembang.
- Masukkan gula gaulkan lagi, sambil masukkan susu pekat dan susu cair. Gaulkan sampai pekat.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama koko dan baking soda dengan mixer kelajuan perlahan.
- Masukkan minyak dan air panas, kacau sebati.
- Masukkan adunan kek ke dalam puding karamel yang sudah siap kukus tadi.
- Kukus lagi selama 1 jam.
Puding Caramel Lapis Coklat Cantik
Sesiapa penggemar makanan manis dan baru ingin mencuba buat? Boleh cubakan resepi oleh Syuhada Ismail. Cantik atau tidaknya bentuk puding itu tolak tepi dahulu, yang penting rasa kenalah sedap dan kena di tekak.
Bahan-bahan Caramel :
- 8 sb gula,
- Masak dalam kuali dengan api kecil sampai larut dan jadi perang, terus tuang dalam loyang.
- Gelek-gelekkan loyang biar caramel rata dan biar keras.
Bahan puding :
- 2 roti putih carik-carik dan buang tepi,
- 1 tin susu cair,
- 3 biji telur,
- ½ cawan susu pekat,
- ½ cawan gula castor,
- 1 sk esen vanilla.
Cara-cara :
- Blender semua bahan hingga halus.
- Kemudian tapis ke atas caramel dalam loyang tadi. Tepi-tepi loyang tadi basahkan sedikit supaya puding
senang keluar dan elok tidak koyak. - Kukus selama 30 minit.
- Keluarkan dan biar 10 minit atau sehingga puding keras.
- Jika sudah keras, cakar-cakar permukaan puding.
Kek Coklat :
- 4 biji telur,
- 1 sk ovelete,
- 1 cawan gula,
- Gaulkan bahan di atas sehingga kembang.
- Masukkan ½ cawan susu pekat. Gaulkan lagi.
- Sementara itu, ayakkan 1 ¾ cawan tepung dengan 1 sk soda bikarbonat dan 1½ sudu baking powder
dan 1 cawan serbuk koko. - Sedikit garam halus.
- Masukkan beselang dengan 1 cawan minyak.
- 1 cawan susu cair didihkan.
- Masukkan dalam adunan tadi masa panas-panas dan kacau guna senduk.
- Masukkan atas puding tadi dan terus kukus selama 40 minit.
Kek Coklat Puding Caramel Senang
Kek coklat puding caramel sedap dan senang dikongsikan oleh Nor Shahirah di laman Facebook. Bahan-bahan untuk menyediakan hidangan ini amat senang dan simple. Sesiapa pun boleh mencuba di rumah.
Bahan-bahan :
- Susu cair 370 ml,
- Telur gred A 3 biji,
- Roti Gardenia 2 keping,
- Esen vanila 1 sudu teh,
- Gula 100 gram,
- 3 sudu susu pekat.
Cara-cara :
- Blend kesemua bahan di atas sehingga halus.
- Untuk caramel di atas hanya menggunakan 3 sudu besar gula, cairkan guna api sederhana. Biarkan sejuk seketika, kemudian boleh tuangkan bahan-bahan yang sudah diblend tadi menggunakan penapis, dan kukus sehingga 20 minit.
Bahan kek coklat :
- 2 cawan tepung kek (tepung yang kotak warna pink),
- 4 biji telur gred A *,
- 1 cawan gula *,
- 1 cawan susu pekat *,
- Emulco coklat (optional)*
- 1 cawan minyak masak *,
- Setengah cawan serbuk koko.
Cara-cara :
- Blend bahan yang bertanda *, jika sudah sebati, boleh masukkan tepung kek dan serbuk koko, kacau-kacau hingga sebati.
- Bila puding tadi sudah siap dikukus dan masak, boleh tuangkan adunan kek coklat dan kukus semula selama 45 minit hingga 1 jam.
Kek Coklat Puding Caramel Simple
Kalau membakar kek kena ikut oven masing-masing, boleh taha nada yang sejam masak puding, sejam masak bahagian kek atas seperti sis Fatin Fazira walaupun resepi ini sebenarnya amat simple. Tapi alhamdullilah elok kejadiannya.
Bahan caramel :
- Panaskan 4 sudu gula jadikan caramel (sejukkan).
Bahan puding :
- 3 biji telur gred A,
- 1 cup susu cair,
- 1 cup susu pekat,
- 1 penutup essence vanilla,
- 1 susu tepung kastard (tidak isi pun tidak apa).
Cara-cara :
- Blend semua bahan.
- Masukkan dalam caramel tadi, normal kalau ada bunyi “crack”.
- Bakar dalam oven selama satu jam api atas bawah suhu 170°C. Boleh tengok puding sudah masak ke belum.
- Kemudian, sambil itu siapkan adunan kek coklat pula.
Bahan kek coklat :
- 2 biji telur gred A,
- 1 cawan susu cair,
- 1 cawan susu pekat,
- 1 penutup essence vanilla,
- ½ cawan gula kastor.
Cara-cara :
- Blend semua bahan.
- Lepas blend masukkan 1 cup tepung gandum, 1 sudu baking powder dan 1 cup serbuk koko. Blend lagi 1-2 minit sampai sebati.
- Masukkan adunan dalam puding tadi (lepas puding sudah masak). Griss kan dulu atas puding supaya kek melekat elok antara kek dan puding.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi Puding Caramel Lapis Coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.