Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Topping Cream Cheese ( Sedap Dan Tidak Muak)

author name

Krim keju atau ‘cream cheese’ adalah antara keju yang paling banyak digunakan dalam masakan alaf kini. Ia boleh dimasak dalam menu dessert. Juga masakan savoury,malah ‘cream cheese’ juga popular dikalangan pengamal diet keto dan atkins.

Keju krim diperbuat dari krim yang ditambah bakteria asid laktik. Ia menpunyai kadar lemak sihat yang tinggi. Bila ia ditambah dengan pelbagai bahan,ia menjadi pencuci mulut yang sangat sedap.

Hari ini, Madam bawakan resepi krim keju yang digunakan untuk menghiasi kek red velvet. Ia juga boleh digunakan dalam menghias kek lobak merah. Menjadi isian dalam krim puf dan pelbagai lagi.

Resepi Topping Cream Cheese.

Bahan-bahan  A

  • 250g krim keju
  • 200 g susu manis
  • 1 sudu teh jus lemon

Kaedah

  • Pukul semua bahan hingga sebati dan pucat.

Bahan-bahan B

  • 300ml fresh cream

Kaedah

  • Pukul hingga kental.
  • Campurkan keduanya dengan cara kaup balik. Gabungan keduanya akan membuat krim topping lebih sedap,gebu dan stabil. Simpan dalam petiais sekejap agar krim lebih mudah digunakan.
  • Krim ini sesuai sebagii isian dalam kek red velvet, juga kek lobak merah. Ia tahan pada suhu billik selama sehari. Tetapi untuk rasa yang lebih sedap lebih baik jika simpan dalam peti ais.dahulu.
Fresh cream yang digunakan via google image
Krim Keju via google image
Isian krim keju dalam kek red velvet.

Resepi ini sikit lain dari beberapa resepi krim keju lain. Madam ubah suai sedikit bahan-bahannya agar ia lebih stabil. Juga agar ia sesuai digunakan sebagai hiasan kek. Sedap dan tidak muak. Menarik resepi ini, anda harus lah mencubanya. Tapi anda juga boleh cuba resepi-resepi lain ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *