Salah satu laksa yang agak popular dan sedikit berbeza berbanding laksa utara ialah laksa Cina. Ini kerana diantara bahan-bahan tambahn yang digunakan didalam resipi ialah daun pudina, isi ikan, lengkuas dan nenas yang memberi rasa yang lebih sedap dan sangat sesuai bagi peminat laksa. Laksa CIna lazimnya dimakan bersama laksa basah keran ia lebih kenyal dan menarik.
Bagi anda yang tidak pernah makan laksa Cina , anda haruslah mencuba sendiri resipi kerana ia bukan sahaja mudah tetapi sedap dan akan menguji deria rasa anda.
Resipi ini telah dikongsi oleh Ben Safwan dimedia sosial dan telah mendapat banyak perkongsian. Jadi jangan lupa untuk mencuba resipi mudah ini ye. Selamat mencuba!
Resepi Laksa Cina
Bahan – bahan:
- 3 liter air
- 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
- 1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram ) (tak ambil kuah)
- 5 senduk cili kisar
- 3 sudu makan asam jawa
- 8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping )
- 5 tangkai daun kesum
- 3 batang bunga kantan
- 2 tangkai daun pudina
- Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
- Garam dan serbuk perasa
Bahan Kisar :
- 100 gram bawang merah besar India
- 25 gram belacan
- 13 tangkai cili padi hijau
- 1 batang serai saiz sederhana
- 300 gram nanas
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 inci lengkuas
Ulam Asam Laksa Cina :
- Daun salad
- Bawang merah besar India
- Asam limau kasturi
- Telur rebus
- Timun
- Cili Padi
- Daun Pudina
Cara – cara memasak:
- Rebus ikan ,Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman.Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.Bila ikan rebus dah masak dan sejuk,asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
- Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
- Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar,isi ikan kisar,air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar,cili kisar,asam keping,air asam jawa,belahan bunga kantan,daun kesum,daun pudina.
- Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
- Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam,pedas kuah.
- Basuh ikan sardin,goreng biar garing luar lepas tu hancur kasar . Nak makan mnt tabur atas laksa. Fuhh.
- Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua.Boleh la hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Leave a Reply