3 Resepi Seri Muka Kuih Lama Kegemaran Ramai
Kuih melayu memang tak lapuk dek zaman kan? Sentiasa menjadi pilihan ramai apabila mencari sarapan pagi. Salah satunya ialah kuih seri muka. gabungan pulut serta lapisan atas seperti pandan, ubi kayu atau durian memang menyelerakan.
Ramai yang keliru dengan kuih talam, kuih talam mempunyai lapisan santan di bawah serta lapisan atas sama seperti kuih seri muka. Kali ini kami nak kongsikan resepi kuih seri muka untuk anda.
Resepi Seri Muka Pandan
Resepi pertama ialah seri muka pandan. Memang menjadi kegemaran semua orang. dapat pula tekstur kenyal dan rasa yang sebati cukup menyelerakan. Jom cuba resepi ini dari Sha Roziah Al Yahya.
Bahan-bahan
Bahagian bawah
- 3 cawan pulut
- 2 cawan santan
- Secubit garam
- Sedikit minyak masak
Bahagian atas
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan
- 1 1/2 cawan gula pasir
- Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
Cara Penyediaan
Bahagian bawah
- Cuci pulut toskan masukkan santan & garam kukus dalam talam selama 25minit
- Dan angkat penyek bagi padat.
Bahagian atas
- Masukkan semua bahan blend bagi adunan halus.
- Kemudian masukkan kedalam pulut yang telah dipadatkan dan kukus 30 minit siap.
Resepi Seri Muka Durian
Buat peminat durian, resepi kuih seri muka durian wajib anda cuba. Dapat rasa yang tak muak dan sesuai dengan gabungan pulut dan durian. Ala ala makan pulut durian. Sedap! Resepi ini dari Noraslinda Md Radzhi.
Bahan-bahan
Lapisan bawah
- 2 cwn beras pulut (basuh dan rendam selama 1 jam)
- 2 cwn santan
- 2 sdb minyak masak
- Garam secukupnya
Lapisan atas
- 1 cwn durian
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1 sdb tepung beras
- 2 cwn santan sederhana pekat
- 1 cwn gula
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Pewarna kuning
Cara Penyediaan
Lapisan bawah
- Beras pulut di tapis masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain.
- Kukus hingga pulut masak.
Lapisan atas
- Blend semua bahan.
- Masukkan ke dalam periuk.
- Masak atas api kecil, kacau agak periuk panas angkat.
- Tekankan pulut dan padatkan.
- Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut.
- Kukus 40mnt.
- Sejukkan dulu baru dipotong.
- Untuk nak kukus guna acuan. Saya guna acuan lompang saiz besar.
- Acuan di sapu minyak.
- Pulut dilenyek.
- Masukkan dalam acuan tekankan ratakan isi pulut separuh acuan.
- Air kukus dah didih.
- Pulut dikukus dulu kejap.
- Tuang adunan lapisan atas.
- Kukus 10mnt pertama api besar 5 mnt last api sederhana.
- Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan.
Resepi Seri Muka Gula Merah
Seri muka gula merah pun tak kurang hebatnya. tidak terlalu manis serasi bersama dengan gandingan pulut santan pada lapisan bawah. Jom cuba resepi dari Suzita Ahmad.
Bahan-bahan
Bahagian bawah
- Pulut 1 mug.
- Santan 1 caw.
- Sedikit garam
- Daun pandan
Bahagian atas
- Gula merah+ gula putih jadikan 1caw masak dengan sedikit air untuk larutkan dan tapis
- 1 caw santan pekat
- 4 biji telur
- Sedikit serbuk kayu manis
- Tepung gandum 2 sudu mkn
- Sedikit garam.
Cara Penyediaan
Bahagian bawah
- Cuci beras pulut bersih dan masuk dalam loyang masukan santan hingga tenggelam beras pulut garam daun pandan kukus hingga masak.
- Kalau santan dah kering pulut belum masak boleh tambah air kukus hingga masak.
- Pulut dah masak mampatkan bagi sama rata permukaannya biar dalam kukus dengan api perlahan.
Bahagian atas
- Satukan semua bahan blend hingga kembang.
- Dancurah atas pulut tadi kukus hingga masak dgn api perlahan.
Resepi Menarik Yang Lain
Jangan lupa ya cuba resepi kuih seri muka ini. Terima kasih juga kerana telah baca semua koleksi resepi mudah dari kami.