Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Wantan Ayam Goreng (Sedap dan Rangup)

author name

📄

Untuk perkongsian pada kali ini, kita akan bawakan resepi wantan ayam goreng kepada anda semua. Cara penyediaannya amatlah mudah dan bahan yang diperlukan juga mudah untuk didapati.

Wantan ayam goreng ini sesuai untuk dihidangkan pada waktu minum petang ataupun semasa makan malam. Wantan ayam goreng ini amatlah sedap dan rangup. Pasti rasa satu sahaja tidak cukup.

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi wantan ayam goreng yang telah dikongsikan oleh Nor Zira di akaun Facebook miliknya.

Resepi Wantan Ayam Goreng

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Dada ayam
  • Lada sulah
  • Blackpepper ground
  • Gula
  • Garam
  • Lada besar (hiris halus)
  • Bawang besar (dadu)
  • 2-3 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaannya:

  1. Blend dada ayam.
  2. Campurkan dengan lada sulah, blackpepper, sedikit garam dan gula.
  3. Gaulkan dan campurkan dengan lada besar dan bawang besar.
  4. Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung.
  5. Potong 4 kulit popia secara 4 segi.
  6. Isikan isi ayam kedalam kulit popia.
  7. Goreng sehingga kekuningan.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *