Resepi Udang Bakar Cheese (Macam DiRestoran)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang menjadi pilihan ramai disebuah restoran franchise terkenal. Udang bakar cheese diperbuat dari udang bersaiz besar dan dibelah belakangnya lalu ditambah cheese mozzarella. Tidak hairanlah jika harganya agak mahal di restoran. Namun untuk menyediakan amat mudah sekali kerana bahan yang digunakan juga amat ringkas.

Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan yang banyak dijual dikedai dan pasaraya.

Resepi Udang Bakar Cheese

Bahan-bahan

  • Beberapa ekor udang – yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar
  • Sedikit mentega
  • Keju mozzarella
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah – lada hitam pun boleh

Kaedah

  • Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.
  • Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
  • Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
  • Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.
  • Siap

Udang bakar cheese amat sedap terutama jika udang yang digunakan udang yang masih segar. Gunakan udang laut saiz besar jika ingin sesuatu yang lebih mewah dan sedap. Keju akan cepat cair, jadi pastikan udang tidak terlalu lama kerana dikhuatiri hangit. Memadailah ia bertukar warna kemerahan tanda udang telah masak. Oleh itu selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Chicken Cheese Ball

Resepi Makaroni Bakar Cheese

Resepi Popia Cendawan Cheese

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *