Resepi Sweet Cheese Bun (Sedap dan mudah)

sweet-cheese-bun

Pada kali ini, kita akan kongsikan bersama dengan anda resepi sweet cheese bun. Pastinya dapat menaikkan selera sesiapa sahaja yang memakannya. Cara menyediakkannya juga amat mudah.

Roti ini boleh dihidangkan semasa makan petang anda bersama dengan keluarga tersayang tidak kiralah di rumah atau pun di luar. Ianya amatlah sedap dan dapat mengenyangkan perut anda.

Melati Desa telah kongsikan resepi sweet cheese bun ini di laman Facebook miliknya. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyedian roti ini. Jom!

Resepi Sweet Cheese Bun

sweet-cheese-bun
image via Facebook

Bahan -bahannya:

  • 500 gram tepung roti
  • 80 gram gula castor
  • 1 sudu teh bread softener
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 biji telur
  • 60 gram butter
  • 100 gram ais
  • 150 ml air
  • 30 gram susu tepung
  • 11 gram yis
  • Secubit garam

Cara – cara penyediaanya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker.
  2. Tekan menu untuk ‘Dough’.
  3. Bila dah siap (lebih kurang 1 jam 25 minit), keluarkan doh dan terus bentukkan ikut kehendak masing-masing.
  4. Biar naik selama 1 jam.
  5. Letak topping (2 sudu mayonis + 2 sudu susu pekat manis) masukkan ke dalam piping beg dan hiaskan atas roti.
  6. Tabur cheddar cheese.
  7. Bakar 175c selam 20 minit api atas bawah mengikut oven masing-masing.
  8. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *