Resepi Sotong Udang Masak Paprik Macam Kat Kedai
Masakan ini merupakan anatra yang sentiasa mendapat pemintaan terutama bila berkunjung kekedai masakan Thailand yang digemari oleh masyarakat kita. Sotong udang masak paprik ini sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk disediakan. Jika kena dengan caranya dan menggunakan bahan-bahan yang betul tentu ianya menghasilkan rasa yang sedap.
Bahan-bahan seperti daun limau purut, serai, sos tiram sangat mudah untuk kita dapati dikedai-kedai berhampiran kediaman anda. Jadi anda haruslah mencuba resipi ini terutama sebagai hidangan anda sekeluarga.
Resipi ini telah dikongsi oleh Siti Syuhaida Ramli dimedia massa dan ianya telah mendapat banyak perkongsian oleh peminat-peminat masakan Thailand.
Resepi Sotong Udang Masak Paprik
Bahan – bahan:
- 15 ekor udang
- 2 ekor sotong saiz besar
- 5 ulas bawang putih *
- 1 biji bawang besar *
- 10 ulas cili api *
- 4 sudu cili kering mesin
- Daun limau purut
- 2 batang serai dititik
- Cili sos
- Sos tiram
- Kicap manis
- 1 biji bawang holand (dipotong)
- Kacang panjang
- Baby corn
- Carrot
- Cauliflower
Cara – cara memasak:
- Bahan bertanda * ditumbuk.
- Serai ditumis bersama bahan yang telah ditumbuk.
- Masukkan cili kering, tumis hingga garing.
- Kemudian masukkan sos cili , sos tiram & kicap
- Masukkan daun limau purut. Boleh masuk segala sayuran.
- Masukkan seafood pula.
- Perasakan garam jika perlu.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.