Resepi Sirap Bandung Soda Float ( Macam Digerai)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang popular dan terdapat biasanya terdapat dicafe-cafe atau restoran sahaja. Sirap bandung float adalah sejenis minuman yang menggunakan aiskrim soda. Aiskrim soda adalah sejenis air soda, kemudian ia dicampur dengan sedikit perisa sirap ros. Susu ditambah untuk menghasilkan warna merah jambu. Akhir sekali aiskrim vanila akan ditambah diatasnya sebelum ianya dihidang.
Hidangan ini sangat mudah dibuat, rasanya juga sangat sedap. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Didalam resepi anda tidak perlukan air gula, bahan-bahannya hanya perlu dibeli dan disediakan ketika anda hendak menjamunya sahaja. Baiklah mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Resepi Sirap Bandung Soda Float ( Macam Digerai)
Bahan-bahannya
- 1 sudu kecil ibu sirap
- 2 sudu air gula
- 1 gelas ais ketul
- 1 gelas air soda F&N
- 2 sudu susu cair
- 2 skop aiskrim
Kaedah
- Campurkan ibu sirap dan air gula ke dalam gelas
- Kemudian,masukkan ais ketul serta air bikarbonat soda ke dalam gelas tadi
- Tambahkan dengan susu cair
- Akhir sekali,masukkan aiskrim ke dalam gelas
- Sedia untuk dinikmati
Anda boleh menganggarkan sendiri rasa manisnya. Jika anda tidak suka rasa yang terlalu manis anda tidak perlu tambah gula. Ini kerana air soda dan aiskrim sendir mempunyai kadar gula yang tinggi. Ketika mencampur susu dengan aiskrim soda, pastikan anda kacau hingga sebati, ini kerana susu dan soda akan terpisah jika tidak dikacau segera. Ini akan membuat ia kurang menarik.
Apa-apapun cubalah sendiri resepi ini, mungkin anda boleh hidangkan ia keika berbuka puasa atau ketika menjamu mereka yang tersayang. Selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.