Resepi Shell Out (Segar dan lazat!)

https://www.facebook.com/aina.nurul1?fref=gs&__tn__=%2Cd%2AF%2AF-R&eid=ARDkGpVwl9eVsmr7BVxTScVHqfjIynxE03eGMv-jiS-qhf_GsFFTeX7fXEQpSyCzcHM7FXz-yrZG4VkZ&tn-str=%2AF&dti=1399614277028551&hc_location=group_dialog

Juadah pada kali ini sangatlah biasa kita nampak dijual di kedai-kedai makan di seluruh Malaysia. Shell out ini menjadi buruan para peminat seafood. Tahukah anda, cara penyediaanya shell out ini amatlah mudah?

Seafood akan menjadi lebih sedap jika dimakan semasa masih segar. Jadi, jika kita sediakan di rumah, kita dapat pastika kesegaran bahan-bahan yang kita gunakan pada tahap terbaik. Pasti rasanya juga terbaik!

Resepi shell out ini telah dikongsikan oleh Nurul NA di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Shell Out

https://www.facebook.com/aina.nurul1?fref=gs&__tn__=%2Cd%2AF%2AF-R&eid=ARDkGpVwl9eVsmr7BVxTScVHqfjIynxE03eGMv-jiS-qhf_GsFFTeX7fXEQpSyCzcHM7FXz-yrZG4VkZ&tn-str=%2AF&dti=1399614277028551&hc_location=group_dialog
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ketam 4 ekor (belah 2) – rebus sampai masak
  • Udang 5 ekor
  • Sotong 3 ekor besar
  • Ayam dipotong kecil
  • Jagung- rebus sampai masak
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili kering*
  • Halia*
  • Sos tiram 2sb
  • Sos ikan 2sb
  • Sos tomato 2 sb
  • Kiub pati ikan bilis (1kiub)
  • Belacan (secukup rasa)
  • Garam
  • Gula melaka (secukup rasa)
  • Daun kari
  • 3 sudu serbuk kari
  • Cuka 2sb

Bahan bertanda * harus dikisar terlebih dahulu.

Cara penyediaan:

  1. Rebus bahan yang perlu direbus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari dan daun kari sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, sos tiram, cuka, belacan dan kiub pati ikan bilis. Kalau pekat masukkan air sikit.
  5. Masukkan semua seafood. Kacau sebati. Masuk garam dan gula.
  6. Hidangkan dgn jagung . Hiaskan bersama lemon.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *