Resepi Sambal Tempoyak Bilis Petai (Berselera Makan)

sambal tempoyak ikan bilis

Ingin makan masakan menyelerakan dan nikmat? Boleh bertambah makan 3 pinggan. Berat badan pun naik tanpa sedar.

Resepi lazat yang ingin kami kongsikan ialah sambal tempoyak petai bilis. Siapa yang tidak kenal tempoyak? Durian daripada proses penapaian ini boleh ditambahkan dalam lauk atau sambal.

Rasa masam tempoyak menyatu dengan pedas sambal. Belum lagi aroma petai serta rangup dan masin ikan bilis apabila makan digaul dengan nasi putih. Umph merangsang selera makan. Makan jangan pakai sudu, guna tangan terus makin lazat menggila. Dimanalah dicari kelazatan yang sebegini?

Untuk puaskan selera orang di rumah, mari cubakan resepi sambal tempoyak petai bilis versi tumis yang dikongsikan oleh Jamal Dan Asmahan di laman Facebook.

Resepi Sambal Tempoyak Petai Bilis

sambal tempoyak ikan bilis
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tempoyak,
  • Ikan bilis,
  • Petai,
  • Cili padi,
  • Bawang kecil,
  • Bawang besar,
  • Kunyit hidup,
  • Serai,
  • Daun kunyit,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan bawang kecil.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan serai dan kacau sebati.
  4. Masukkan tempoyak dan kacau mesra.
  5. Masukkan air.
  6. Masukkan bilis dan daun kunyit.
  7. Jika bilis sudah nampak masak, baru masukkan petai.
  8. Akhir sekali masukkan hirisan bawang dan garam.

Nota :

  1. Jika tempoyak masam sangat, campur sedikit gula.
  2. Lagi banyak bilis dan petai lagi sedap masakkan.
  3. Penggunaan cili bergantung kepada individu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal tempoyak bilis petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *