Resepi Sambal Ikan Bilis Kering (Ringkas Dan Sedap)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai dijadikan sebagai bekal kerana ia tahan lama. Biasanya ia dijual di stesen minyak atau dipasaraya. Sambal ikan bilis kering ini diperbuat daripada ikan bilis dan cili kering yang dikisar kering tanpa menggunakan banyak air. Menu ini sangat popular dijadikan bekal bagi anak-anak yang duduk diasrama atau orang yang menunaikan fardu haji. Dimana kebiasaanya mereka tidak punya banyak pilihan lauk untuk makan bersama nasi.
Selain dari itu ia juga sesuai bagi orang yang tidak punya banyak masa untuk masak ataupun jika bosan makan lauk yang sama. Tetapi sambal kering ini agak mahal jika dibeli, anda dapat berjimat jika anda buat sendiri. Mari lihat 3 bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Resepi Sambal Ikan Bilis Kering (Ringkas Dan Sedap)
Bahan-bahan
- Cili kering (segenggam)
- Bawang merah 5 ulas /bawang besar sebiji saiz kecil
- Ikan bilis segenggam (kopek dan goreng garing)
.
Kaedah
- Mula-mula rebus gunting dan rebus cili kering,kemudian toskan ia dan goreng separuh masak.
- Kemudian kisar bawang menggunakan pengisar kering.
- Selepas itu kisar cili yang telah digoreng tadi.
- Tumiskan bawang yang telah dikisar kering tadi selepas itu tumiskan pula cili kering kacau hingga sambal ini menjadi garing, pastikan ia tidak hangit
- Masukkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
- Apabila telah garing, sejukkan seketika sebelum memasukkan ikan bilis.
- Gaul ratakan bilis dan siman didalam bekas kedap udara agar ia tahan lebih lama.
Untuk memastikan ikan bilis kekal rangup, sambal yang telah digoreng garing itu perlulah dibiarkan sejuk dahulu. Gula juga main peranan agar sambal ini tahan lama. Ini kerana gula menjadi salah satu agen pengawet yang memanjangkan hayat sambal kita ini.
Namun untuk mengetahui tahap keenaka air tangan anda, apakata anda cuba resepi ini. Ia sangat mudah, menggunakan bahan yang sangat minima. Tambahan pula anda boleh buat satu bekas dan simpan dipejabat, mana tahu boleh ambil tempahan pula kan? Semoga berjaya ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.