Resepi Pucuk Ubi Goreng Jarang Jumpa Tapi Sedap
Resepi berikut merupakan sejenis masakan kampung yang jarang ditemui. Ini bukan kerana bahannya sukar ditemui, sebaliknya ramai yang tidak tahu ianya boleh disediakan seperti ini. Pucuk ubi biasanya ditemui dan ia dihidang sebagai ulam atau sebagai bahan dalam sambal tempoyak.
Malah pucuk ini juga dijadikan bahan didalam masakan berkuah. Namun begitu sebenarnya ia juga boleh digoreng seperti sayur goreng, malah boleh juga dijadikan rendang. Namun kali ini kita lihat dahulu bahan-bahan diperlukan didalam resepi ini.
Bahan – bahan
- Seikat pucuk ubi seikat (rebus hingga empuk,perah dan toskan ia)
Bahan tumbuk
- 5 ulas cili api
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 sudu ikan bilis
Kaedah
- Tumis semua bahan tumbuk kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa.
- Tambah sedikit air jika perlu.
- Masukkan pucuk ubi yang telah disediakan awal tadi.
- Boleh juga gunting daun pucuk ubi agar lebih mudah untuk dimakan.
- Siap!
Pucuk ubi ini mestilah direbus empuk dan diperah dahulu airnya agar ia tidak pahit. Daun yang digunakan juga mestilah hanyalah 3 helai daun paling atas. Ini penting kerana jika anda ambil bahagian bawah ia akan pahit. Tambahan pula jika kita beli dipasar, pucuk ubi yang dibeli kelihatan banyak tapi sebenarnya pucuknya hanya sedikit sahaja, anda haruslah cuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.