Resepi Sambal Goreng Paru (Bikin Ketagih)

sambal goreng paru

Siapa suka makan sambal goreng paru? Selain sedap dijadikan lauk dan dimakan dengan nasi putih, sambal goreng paru juga sedap dimakan bersama nasi lemak.

Cara masak sambal goreng paru ialah, paru harus digoreng terlebih dahulu. Sebaiknya paru dipotong nipis dan digoreng garing. Namun walaupun digoreng garing, paru tidak akan keras kerana ia memiliki tekstur yang lembut. Malah, setelah paru digoreng, ia jadi makin lazat dan crispy apabila digaul dengan sambal.

Jika tercuba sekali mesti rasa ingin makan lagi dan lagi. Sedap juga dikudap macam itu sahaja. Sebahagian orang ada yang membuat sambal paru lebih manis dan ada pula yang pedas mengikut selera masing-masing.

Tanpa tunggu lama, mari masak sambal paru goreng yang dikongsikan oleh Normilawati Nordin‎ di laman Facebook. Resepi mudah, cepat dan lazat. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Goreng Paru Garing

sambal goreng paru
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Paru dibersihkan dan direbus hingga empuk. Kemudian dihiris kecil.
  • Cili kering 50 tangkai,
  • Bawang kecik merah 6 ulas,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Sedikit belacan (kalau suka),
  • Sedikit kicap manis,
  • Garam, Ajinomoto atau serbuk cukup rasa sedikit,
  • Gula perang, untuk mencantikkan kuah sambal (gula putih pun boleh).

Cara-cara :

  1. Paru yang sudah direbus tadi dihiris kecil-kecil kemudian digoreng hingga garing, ketepikan.
  2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus (cara untuk bagi bahan naik rasa dan sedap kisar asing-asing antara bawang dan cili, sebab saya tumis bahan bawang dan belacan dahulu baru cili).
  3. Tumis dahulu bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis hingga naik bau wangi kemudian barulah dimasukkan cili kering yang telah dikisar, biarkan hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan garam, gula dan aji/serbuk cukup rasa dan sedikit kicap. Kacau sebati.
  5. Masukkan paru dan biarkan hingga kuah kering sedikit kemudian tabur bawang besar dihiris.
  6. Seimbangkan rasa. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal goreng paru, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *