Resepi Roti Bun Manis (Idea Bekal Anak)
Anda buntu nak masak apa untuk bekal anak? Nasi goreng, mi goreng akan kotorkan baju anak di sekolah? Jangan risau, kali ini kami bawakan resepi roti bun manis.
Roti bun manis merupakan satu hidangan yang amat baik jika hendak dihidangkan kepada anak – anak. Ianya juga disediakan lebih awal dan boleh taha untuk beberapa hari, jadi anda tidak perlu terkejar-kejar untuk masak pada waktu pagi.
Resepi ini dikongsikan oleh Princess Larra Lanna dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Let’s check it out!
Resepi Roti Bun Manis
Bahan – bahan:
- 150 gram tepung roti
- 100 gram tepung gandum (guna semua tpg gandum, masuk 1 tsp baking powder)
- 140 ml susu segar ( kalau takde boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar marjerin atau butter
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil yis
Cara – cara memasak:
- Masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.
- Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.
- Kemudian, perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
- Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.
- Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
- Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaannya perang.
- Apabila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan gris dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!