Resepi Wrap Pizza Guna Air Fryer Sempoi Bak Ang
Resepi berikut adalah cara mudah dan lebih sihat untuk menyediakan Pizza. Pizza seperti yang kita tahu disediakan menggunakan doh roti dan kemudian ditambah pelbagai jenis inti seperti daging, tuna, tomato atau Hot dog dibahagian atasnya. .
Namun dalam perkongsian kali ini saya menggunakan reduce carb wrap sebagai asas Pizza kali ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 keping wrap
- 3 sudu besar os bolognese
- 2-3 keping beef pastrami/ chicken slice
- Hirisan tomato
- Cheese mozarella secukupnya
Kaedah
- Letak wrap dalam air fryer atau kuali leper.
- Sapu sedikit minyak zaitun dan sapu sos bolognese.
- Taburkan Chicken slice dan tomato
- Akhir sekali taburkan cheese diatasnya
- On air fryer dan masak hingga cheese cair.
- Siap!
Resepi ini bukan sahaja mudah tetapi ia juga lebih rendah karbo dah juga kalori. Saya gunakan air fryer kerana ia lebih cepat tapi anda juga boleh guna kuali leper atau oven. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.