Resepi White Soup Meatball Sekali Sekala Tukar Selera
Resepi ini merupakan cara lain untuk menggunakan bebola daging. White Soup adalah masakan sup yang menggunakan lazimnya dari lemak namun dalam perkongsian masakan ini saya gunakan dengan kaedah lebih ringkas iaitu menggunakan krim masakan. Masakan ini mengenyangkan sangat sesuai untuk anak-anak kecil atau orang yang baru reda dari demam. Jom kita tengok apakah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
Bebola daging
- Daging bahagian lembut atau batang pinang
- Isi ayam
- Serbuk bawang putih
- Serbuk bawang merah
- Garam
- Lada sulah secukup rasa
Kaedah
- Campur semua bahan dan kisar guna hand blender.
- Kemudian bentukkan kepada saiz bebola mengikut selera anda.
- Ketepikan.
Sup putih
- Bawang besar
- Cili merah
- *Fucuk siap rendam
- Kobis
- Sawi (pilihan)
- *Krim masakan
Kaedah sup putih
- Masukkan air dan bebola daging dalam periuk dan masak hingga daging masak.
- Tambah bawang,kobis,cili merah dan sawi dan masak hingga semua bahan ini masak.
- Kemudian masukkan fucuk dan juga krim.
- Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
- Siap!
Untuk membuat bebola daging sebaiknya pilihlah daging lembut dan kisar sendiri. Ini adalah untuk mendapatkan rasa yang lebih premium dan sudah tentu lebih sedap. Ada sesetengah resepi menambah tepung jagung dalam resepi ini namun begitu bagi anda yabg sedang diet tak perlu tambah tepung. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.