Resepi Viral Miang Pla Pao Senang Je Buat Dia

Resipi kali ini merupakan resipi yang diambil daripada masakan Thailand iaitu yang miang pla pao. Ia adalah hidangan yang terdiri dari ikan goreng , suhun,salad dan jua dicicah dengan sos hijau. Lazimnya ia menggunakan ikan siakap atau ikan talapia merah. Ikan ini digoreng kemudian dibungkus didalam salad sebelum dicicah dan dimakan begitu sahaja.

Ianya sangat popular dan telah menjadi viral sejak akhir-akhir ini Dimana ia dikategorikan sebagai makanan sihat dan bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Ikan talapia/siakap (kelar hingga ke tulang)
  • Suhun ( rendam dengan air suhu biasa)
  • Ulam-ulaman
  • Daun salad
  • Timun batang
  • Daun ketumbar

Bahan sos hijau

  • Cili padi hijau
  • Cili hijau besar
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula putih
  • Akar dan daun ketumbar 
  • Perahan limau nipis
  • Sedikit air
  • *rebus cili api,cili hijau dan bawang putih 
  • Kisar semua bahan dan tambah sos ikan,garam dan gula serta limau nipis.

Kaedah

  • Tambah garam dan sedikit tepung jagung dan goreng tenggelam ikan dengan minyak yang panas.
  • Celur suhun dengan air panas
  • Susun salad, timun, tomato dalam pinggan besar.
  • Letak ikan dibahagian tepi bersama sos didalam mangkuk kecil.
  • Siap!

Dalam resepi ini saya menggunakan ikan talapia namun begitu ikan siakap juga sangat sedap. Oleh itu bergantung kepada anda untuk menyediakan hidangan ini mengikut citarasa anda Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain