Resepi Udang Goreng Tepung Ayam Kentucky Cara Tersedap Hidang Udang
Resepi udang kali ini amat ringkas tetapi amat sesuai untuk peminat seafood dan ia juga kerap dijadikan hidangan pembuka selera ataupun diratah begitu sahaja. Udang goreng kentucky ini dinamakan begitu kerana ia menggunakan tepung goreng ayam kentucky. Ia menggunakan bahan yang ringkas sahaja kerana paling utama untuk menyediakan masakan ini ialah udangnya mestilah saiz XL dan juga segar. Baiklah bagi peminat masakan berasaskan udang berikut adalah cara untuk menyediakan masakan ini dan bahan yang digunakan juga amat mudah untuk dibeli dikawasan sekitar anda.
Bahan-bahan
- Udang saiz XL (buang duri dibahagian kepala dan ekor)
- Tepung ayam goreng kentucky
- Sedikit garam, gula dan lada sulah
- Minyak untuk menggoreng.
Kaedah
- Bersihkan dan perasakan dengan sedikit garam, gula dan juga lada sulah.
- Taburkan tepung goreng ayam kentucky dan biarkan sebentar.
- Panaskan minyak untuk goreng tenggelam.
- Sebelum goreng udang salut sekali lagi udang dengan tepung ayam goreng kentucky.
- Sejurus udang masak alih dan sejukkan sebelum dihidangkan.
- Siap!
Menjadi kebiasaan saya untuk tidak membuang kulit udang ketika mengorengnya kerana ingin mengekalkan rasa manis udang itu. Saya hanya sekadar membuang bahagian kepala dan juga membuang duri dibahagian ekor udang untuk elak daripada tercucuk. Hidangan ini sedap dimakan bersama salad dan dicicah dengan sos cili thai ataupun dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.