Resepi Udang Geragau Buat Cucur Sedap Dan Rangup

Resepi kali ini ialah resepi cekodok atau nama lainnya cucur yang menggunakan udang geragau sebagai bahan utamanya. Udang geragau ialah sejenis udang kecil yang dijemur hingga kering. Tidak seperti udang kering ia lebih ringan dan rangup bila digoreng.

Dalam resepi kali ini saya menggunakan udang geragau dalam cucur untuk penyediaan minum petang. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • Tepung gandum
  • Bawang besar potong bulat
  • Cili merah/cili kering hiris
  • Daun bawang hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Udang geragau ( anggaran sendiri tapi pastikan basuh bersih)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan tambah air sedikit demi sedikit.
  • Panaskan minyak yang cukup untuk goreng tenggelam.
  • Ambil sesudu bancuhan tadi dan goreng hingga timbul dalam minyak kemudian tos.
  • Tunggu sejuk sebelum dihidang bersama sos cili.
  • Siap! 

Rasa cucur ini rangup dan sangat sedap terutama bagi peminat cucur pasti suka akan rasanya namun dalam memilih udang geragau, pilihlah jenis yang mahal sedikit kerana ada sesetengah penjual mencampurkan tulang ikan yang kasar dan merbahaya dalam bungkusan udang geragau. Apapun resepi ini masih berbaloi untuk dicuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain