Resepi Udang Galah Lemak Cili Api Ringkas Tapi Marbeles

Resepi kali ini adalah masakan yang berasal dari Negeri Sembilan, masak lemak cili api adalah masakan yang menggunakan cili api dan juga santan. Kali ini saya masak lemak cili api udang galah dengan kacang buncis. Sebelum anda masak udang galah anda perlu bersihkan ia, gunting bahagian tajam dihadapan dan dibahagian ekornya terlebih dahulu, manakala bahagian kepalanya dibiarkan sahaja kerana bahagian itulah yang paling sedap. Bahagian kaki udang galah juga boleh digunting pendek jika ia terlalu besar Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 20 ekor udang galah

Bahan kisar

  • Segenggam cili api
  • Kunyit hidup 1 inci

Bahan lain

  • Asam keping 1 keping
  • Santan kara 200ml
  • Kacang buncis 
  • Garam dan cukup rasa maggi

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kisar didalam periuk dan tambah air.
  • Buka api dan biarkan ia mengelegak tambah asam keping.
  • Masukkan udang galah bersama kacang buncis dan tambah air jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan santan kara dan pastikan sentiasa dikacau.
  • Tambah garam dan serbuk cukup rasa sebelum tutup api
  • Siap!

Walaupun udang galah agak mahal namun begitu jika anda masak dirumah ianya jauh lebih berbaloi berbanding jika anda makan direstoran, terutama bila bilangan ahli keluarga ramai sudah tentu memakan kos yang tinggi.Harganya yang mahal kerana rasa dagingnya lebih sedap dan bahagian kepala udang galah juga amat sedap.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain