Resepi ini merupakan antara menu yang paling popular ketika berkunjung ke restoran masakan panas terutamanya masakan Tom Yam. Udang goreng butter nestum mempunyai rasa yang sangat mengenyangkan dan amat sedap. Jika dikedai atau restoran ia adalah dalam kategori makanan mewah dan harganya agak mahal. Jadi amat sesuai kalau anda cuba sendiri resepi ini kerana ia bukan sahaja mudah, lebih murah malah kita boleh membeli udang saiz XXL dan gunakan bahan-bahan yang sudah tentu lebih kualiti untuk jadikan ianya berbaloi dihidangkan kepada keluarga anda. Baiklah berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Udang saiz XL
- Tepung bestari
Bahan lain
- Bawang putih cincang
- Cili api hiris
- Daun kari
- Kuning telur 2 biji
- Butter dan sedikit minyak masak.
- Nestum
Kaedah
- Bersihkan udang,basuh dan tos.
- Gaul udang dengan tepung bestari secara kering sahaja.
- Goreng dengan minyak yang panas.
- Alih dan toskan minyak.
- Dalam kuali yang bersih masukkan butter bersama minyak dan biarkan kedua bahan ini sebati.
- Kacau kuning telur dan kemudian goreng hingga telur garing.
- Baru la masukkan bawang putih, daun kari dan cili api.
- Masukkan udang gaul kemudian baru masukkan Nestum.
- Gaul sebati tutup api dan bolehlah dihidangkan.
- Siap!
Untuk resepi ini saya gunakan tepung goreng bestari tanpa menambah bahan lain seperti garam atau serbuk perasa. Tetapi ada juga sesetengah resepi menggunakan tepung jagung bersama garam, serbuk perasa dan juga lada sulah cuma ianya kurang rangup. Apapun penggunaan butter dan nestum sememangnya memberi aroma yang sangat menyelerakan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.