Resepi Tuna Cheese Roll ( Minuman Petang)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai menu minuman petang. Tuna cheese roll dibuat daripada roti putih yang dikukus kemudian diisi dengan inti tunang Mayonis dan juga sedikit cis. Rotinya dikukus supaya ia tidak menyerap minyak ketika di goreng.
Masakan ini amat mudah disediakan dan bahan-bahannya pula mudah didapati di kedai yang berdekatan. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Tuna Cheese Roll
Bahan-bahan
- 10 keping roti putih
Inti
- Spicy Tuna Mayonnaise (apa-apa jenama)
- ½ labu bawang (potong dadu)
- 3 ulas cili api merah (hiris nipis)
- 1-2 sudu besar mayonis
- 1 biji limau kasturi ( ambil sedikit jusnya)
- Cheese slice (potong memanjang)
- Sedikit putih telur
Kaedah
- Mula-mula kukus sebentar roti putih dan nipiskan menggunakan gelas atau botol. Ketepikan.
- Sementara itu untuk inti, gaul semua bahan dan tambah garam jika perlu.
- Ambil sekeping roti dan isi dengan inti kemudian tambah cheess yang telah dipotong memanjang tadi.
- Gulung roti dan letakkan sedikit putih telur dibahagian hujungnya, ini supaya gulungan tidak terbuka.
- Goreng dengan api sederhana besar dan toskan selepas goreng.
- Siap.
Bagi anda yang tidak suka makanan yang pedas anda boleh menggunakan cili merah ataupun hanya tambah lada sulah. Selain daripada itu anda juga boleh menyediakan ia lebih awal dan simpan dalam peti ais agar tahan lebih lama. Dengan itu ia lebih cepat untuk di sediakan, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.