Resepi Tomyam Putih Terangkat Habis!
Anda nak masak menu tomyam tapi pes tomyam tiada di rumah? Jangan risau anda masih boleh membuat resepi tomyam putih tanpa menggunakan pes tomyam. Resepi ini juga sesuai dengan anda yang sedang berdiet. Bukan itu sahaja, boleh dihidangkan untuk anak-anak tanpa meletakan cili padi.
Bila kita buat sendiri hidangan ini, kita boleh letak seberapa banyak bahan yang kita inginkan, puas hati perut pun kenyang. Tomyam putih ini tidak pedas kerana tidak menggunakan pes tapi jika anda penggemar makanan pedas anda boleh picit sedikit cili api. Resepi tomyam putih ini telah dikongsikan oleh Nik Hawa Ayuni melalui laman Facebook beliau.
Bahan-bahan
- Air agak-agak
- Tomato
- Serai potong pendek
- Lengkuas hiris nipis
- Akar daun ketumbar
- Ayam sekor cut kecik
- Cili padi 10 bj
- Bawang besar hiris nipis
- Bawang putih hiris nipis
- Daun limau purut
- Sos ikan
- Kiub ayam 2 bj
- Air limau nipis 2 biji
- Gula 3 sudu besar
- Lobak merah
- Cendawan
- Bunga kubis
- Daun ketumbar
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
- Didihkan air masuk bahan no 1-5.
- Didihkan sampai tomato hancur sikit (masuk tomato awal sebab nak biar air tomato keluar, tu yang buat tomyam sedap).
- Selepas itu masukkan bahan no 6-14. didihkan sampai ayam masak.
- Selepas itu masuk bahan no 15-18 didihkan sampai sayur masak.
- Boleh adjust rasa, kalau kurang gula, garam & air limau, boleh masuk lagi. make sure manis, masam,masin & pedas balance.
Resepi tomyam putih ini sesuai dihidangkan bersama telur dadar dan sambal belacan. Memang betul-betul terangkat habis. Resepi ini juga boleh dikatakan resepi yang lengkap dengan sumber protein dan karbohidrat. Jangan lupa cuba resepi ini.
Resepi Menarik Yang Lain
Terdapat pelbagai resepi menarik yang ada di sini. Anda boleh jadikan sebagai bahan rujukan nanti. Terima kasih kerana sudi membaca resepi ini.