Resepi Tempe Petai Berlado Pedas Berapi Sedap Makan Camtu Je
Resepi kali ini merupakan salah satu masakan menggunakan bahan-bahan kering yang amat digemari khususnya golongan dewasa yang gemar pada masakan kering yang pedas. Ia menggunakan bahan-bahan seperti tempe, petai bersama ikan bilis yang digaul dengan masakan berlada iaitu cili api dan bawang putih serta bawang merah yang dikisar halus.
Cara membuat masakan ini amat ringkas dan ia sesuai dibawa bekal ke pejabat atau sekolah kerana sifatnya yang kering. Tambahkan sedikit gula bagi mengimbangi rasa pedasnya dan ia sedap dimakan begitu sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 keping tempe (hiris mengikut ketebalan anda suka)
- Segenggam ikan bilis siap kopek
- Kentang (pilihan)
- Segenggam isi petai (belah dua)
- Segenggam cili api
- 1 ulas bawang besar saiz kecil
- 2 ulas bawang putih
- Garam dan gula secukup rasa
- Mula-mula goreng tempe, ikan bilis,isi petai dan kentang hingga garing.
- Kemudian kisar cili api bersama bawang besar dan bawang putih.
- Kurangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehungga naik minyak
- Masukkan garam dan gula secukup rasa kacau dan tutup api.
- Apabila semua bahan telah sebati, masukkan tempe, ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
- Siap!
Semua bahan digoreng dahulu supaya ia lebih tahan lama dan rasanya lebih sedap. Jika anda pengemar masakan pedas extreme anda boleh menggunakan cili api yang merah yang amat pedas. Boleh juga dibuat sebagai snek jika anda masak cilinya sehingga garing dan lebihkan gula kerana ia berfungsi sebagai bahan awet juga. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.