Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang masih baru dinegara kita. Biasanya kita minum teh o ais limau, dimana teh ditambahkan jus limau kasturi. Manakala yang paling popular ialah ‘ice lemon tea’, sama juga memcampur buah citrus iaitu lemon. Namun berbeza perkongsian kali ini kerana ia menggunakan buah laici sebagai bahan tambahan.
Bagi anda yang tertanya-tanya kesedapan teh laici, apakata anda lihat bahan-bahan dan cara untuk membuatnya. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Teh Laici
Bahan-bahan
- 1 tin laici
- 1 capsul The Queen Arissto/1 sudu teh wangi
- 3 sudu gula
- Ais secukupnya.
Kaedah
- Mula-mula sediakan teh dan tambah gula mengikut citarasa anda.
- Kemudian tambahkan teh kedalam hekas yang anda inginkan.
- Masukkan jus laici.
- Kacau sebati kemudian masukkan isi laici pula.
- Akhir sekali tambah ais secukupnya.
- Siap.
Minuman ini mempunyai rasa yang sangat berbeza kerana penggunaan buah laici memberi rasa yang masam manis. Manakala penggunaan teh wangi ialah sebagai meraikan kemanisan dan keharuman buah laici, oleh itu bagi anda yang meminati pelbagai pilihan minuman, apakata cuba resepi ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply