Resepi Sup Cendawan Seaweed Comfort Food Musim Hujan
Resepi yang merupakan salah satu makanan menenangkan (comfort food) yang sangat mudah untuk disediakan ini amat sesuai untuk penggemar masakan bersup dan juga pengemar masakan Jepun. Seaweed adalah sejenis rumpai laut yang sangat popular dikalangn orang Jepun dan ia banyak digunakan dalam masakan mereka dan yang paling popular ialah sebagai membalut sushi. Tapi dalam perkongsian saya tambahkan seaweed dalam masakan sup yang mudah dan sedap, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Bawang putih cincang
- Ikan bilis 1 sudu
- Tauhu pok 5 ketul
- Tauhu telur 2 batang
- Cendawan tiram (pilihan)
- Seaweed 3 keping
- Air dan serbuk perasa secukupnya
Kaedah
- Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang hingga naik bau.
- Tumis mula ikan bilis hingga ia garing dan tambah air.
- Biarkan air merenih kemudian tambah cendawan, tauhu pok dan juga tauhu telur.
- Tambah garam dan serbuk perasa bersama lada sula kalau suka.
- Akhir sekali masukkan seaweed yang telah dipotong- potong kecil.
- Siap!
Seaweed boleh dibeli dikedai yang membekal barang masakan Jepun dan ia banyak terdapat disupermarket besar. Tapi paling mudah yang boelh dibeli secara online dimana ia lebih murah dan mudah. Selalu orang buat sushi tapi buat pun sedap sebenarnya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.