Resepi berikut adalah masakan berasaskan sup yang menggunakan bahan yang mudah ditemui namun masakan sup kali ini bertujuan memberi kesan melegakan terutama dimusim hujan atau dijadikan hidangan untuk orang yang selsema atau baru pulih dari sakit.
Masakan ini diolah dari resepi yang diambil dari asian keto yang boleh anda dapati di ig dimana banyak lagi koleksi masakan sihat boleh didapati disitu. Baiklah berikut adalah bahan-bahan diperlukan.
Bahan-bahan
- ½ ekor ayam kampung (potong kecil)
- 2 biji kentang ( belah 6)
- 2 batang saderi ( potong baji)
- 1 batang lobak merah ( potong baji)
- Air secukupnya
Bahan rempah (kisar)
- 1 inci Halia
- 5-7 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 tsp Serbuk ketumbar
- 1tsp Serbuk jintan putih
Kaedah
- Panaskan minyak
- Tumis bahan kisar
- Bila naik bau masukkan ayam
- Biarkan ayam serasi dulu kemudian masukkan air
- Biarkan sup menggelegak dan biarkan hingga kentang dan lobak merah empuk.
- Hidang bersama taburan bawang goreng dan daun sup.
- Siap!
Ayam digunakan didalam resepi ini ialah ayam kampung. Walaupun agak mahal namun ayam kampung sangat baik untuk kesihatan anda. Jika anda berdiet pastikan anda makan protein yang berkualiti! Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.