Resepi Suhun Goreng Dengan Sawi Berkicap Ratah Pun Sedap

Resipi ini merupakan resipi suhun yang digoreng bersama dengan sayur sawi. Masakan ini amat sesuai bagi mereka yang tak makan nasi atau tidak mengambil makanan bersumberkan carb kerana suhun diperbuat dari kacang hijau. Dan untuk menambahkan khasiat dan vitamin pada masakan ini saya tambahkan sayur sawi, Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Suhun (rendam dengan air suhu bilik)
  • Sawi Jepun 
  • Bawang putih hancur
  • Ikan bilis
  • Kicap secukupnya
  • Secukup rasa maggi
  • *garam tak perlu sebab kicap dah masin.

Kaedah

  • Potong pendek sikit suhun dan rendam dengan kicap, jangan banyak sangat kita akan tambah kemudian.
  • Bersihkan sawi dan potong sederhana kecil.
  • Tumis bawang putih dan ikan bilis  hingga naik bau tambah sedikit cukup rasa maggi dan air sedikit supaya senang kacau.
  • Masukkan sawi dan masak hingga cukup layu.
  • Tambah suhun tadi dan kacau hingga rata jika tak cukup gelap tambah sikit lagi kicap.
  • Bila suhun dah lembut tutup api dan hidangkan segera.
  • Siap! 

Sayur sawi yang saya gunakan ini adalah sawi Jepun yang mempunyai rasa yang lebih sedap daripada daunnya sehingga batangnya. Nak sedap lagi boleh tambah sedikit udang ataupun ayam mengikut kesukaan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain