Resepi kali ini merupakan sejenis resepi yang diambil daripada luar negara khususnya Korea. Souffle pancake mempunyai kandungan yang sama seperti pankek biasa. Namun perbezaannya ialah di mana telur kuning dan telur putih nya di asing. Kemudian telur putih dipukul sehingga ia menjadi kaku, barulah ia dicampur bersama bancuhan lain. Proses ini menyebabkan pankek itu menjadi lebih gebu dan rasanya juga agak berbeza. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Souffle Pancake
Bahan-bahan
A
- 2 biji kuning telur
- 40 gram superfine flour
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh vanilla
- 25 gram fresh milk full cream
- Campur atau satukan semua bahan-bahan A.
Bahan-bahan
B
- 2 biji putih telur
- 25 gram gula castor
- 1 sudu kecil jus lemon (atau cuka)
Kaedah
- Putar putih telor, jus lemon dan gula castor sampai jadi kental.
- Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan A itu tadi.
- Masak di atas non stick pan.
- Jangan lupa untuk letakkan butter di atas non stick pan anda sebelum dimasak.
- Ulang sehingga habis semua adunan.
- Siap.
Pankek ini sedap dinikmati bersama mentega asli (pure butter) dan juga madu. Nikmati ia bersama kopi yang pahit untuk mencerdaskan pagi anda. Diharap anda sudi mencuba resepi ini walaupun ia nampak sukar namun anda haruslah mencubanya sendiri. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply