Resepi Sotong Masak Kicap Pedas (Sedap Lain Macam)

Resepi kali ini merupakan sebuah lagi resepi yang berasaskan kicap. Sotong masak kicap pedas ini diubah suai daripada resepi ikan kicap pedas. Kebiasaan masakan kicap sememangnya menggunakan ikan atau ayam. Kali ini perkongsian kita akan membawa resepi kicap yang menggunakan Sotong. Resipi ini amat ringkas dan sedap, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sotong kicap pedas ini.

Resepi Sotong Masak Kicap Pedas (Sedap Lain Macam)

Bahan bahan

  • 750 gram sotong
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu cili kisar
  • Kicap lemak manis Jalen

Bahan Tumbuk

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kaedah

  • Panaskan sotong di dalam kuali. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. Ianya bertujuan supaya masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.
  • Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.
  • Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili cili hidup dan bawang besar. 

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Kicap Pedas Tenggiri

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah

Resepi Sotong Sambal Nampla

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *