Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pedas yang berasaskan masakan Negeri Sembilan yang biasanya dikenali dengan masakan pedasnya.Lemqk cili api dimasak menggunakan cili api,kunyit dan santan. Manakala penggunaan serai adalah sebagai menaikkan selera melalui aromanya yang sedap dan wangi. Namun perkongsian kali ini menggunakan sotong sebagai bahan utamanya yang mana ia jarang digunakan. Sedapkah? Mari lihat sendiri bahan yang diperlukan agar anda boleh mencubanya sendiri.
Resepi Sotong Masak Lemak Cili Api (Lain Macam Sedap) Bahan-bahan
- 1 kilo sotong segar
- 2 cawan santan pekat – boleh tambah
- 1 keping asam keping
- 2 batang serai di titik
- garam secukup rasa
Bahan kisar
- 3 biji cili merah/segenggam cili api
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci kunyit hidup
Kaedah
- Bersihkan sotong dan ketepikan semua dulu .
- Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan kisar sampai wangi .
- Masukkan santan , serai dan asam keping .
- Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
- Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.
- Siap.
Sotong boleh dikukus terlebih awal agar airnya tidak menyebabkan kuah kuning kita keruh. Begitu juga jika anda tidak suka pedas anda boleh menggunakan cili merah sahaja sebagai gantinya. Selain santan yang diperah anda juga boleh menggunakan santan kerana ia lebih mudah,gunakan jenama Kara kerana ia lebih sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Resepi Lemak Cili Padi Nangka Muda
Leave a Reply