Resepi Singgang Daging (Selera Pantai Timur)
Resipi kali ini merupakan satu lagi resipi daripada Pantai Timur. Singgang daging dimasak menggunakan beberapa bahan rempah yang jarang digunakan di sebelah barat Malaysia Oleh itu masakan ini jarang ditemui tempat lain kecuali di sebelah pantai timur. Bagi anda yang tanya-tanya apakah bahan yang digunakan di dalam singgang daging ini, berikut adalah bahan-bahan nya dan cara yang mudah untuk menyediakan singgang daging ini.
Resepi Singgang Daging
Bahan hiris
- 1/2 kg daging
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia – (hiris)
- 3 ulas bawang merah
- 5-6 ulas bawang putih
Bahan lain
- 3 tangkai cili kering – potong kecil
- 1 sudu besar ketumbar biji – sangai dan tumbuk kasar
- 3 keping asam keping
- Garam dan aerbuk perasa secukupnya
- Sedikit belacan
- Air – secukupnya
- 4 tangkai cili padi merah
Kaedah
- Masukkan kesemua bahan bahan dan air secukupnya ke dalam periuk.
- Masak sehingga daging empuk.
- Tutup periuk supaya daging cepat empuk.
- Tambah air jika perlu.
- Siap!
Bagi anda yang suka mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan masakan anda seharusnya mencuba sendiri resipi ini. Bahan-bahan ia pula amat mudah ditemui di kedai runcit sahaja. Namun begitu terpulang kepada cita rasa anda jika mahu mengubahsuai sedikit bahan mengikut selera anda. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.