Resepi Sihat Avocado Wrap Low Carb High Fat Ringkas Tapi Sedap
Resipi kali ini adalah merupakan resipi yang menggunakan avocado sebagai bahan utama nya. Avocado adalah sejenis buah yang mengandungi paras lemak sihat yang tinggi. Ianya banyak digunakan sebagai bahan utama dalam masakan terutama bagi orang yang sedang menjaga kesihatan.
Dalam perkongsian kali ini kita akan tunjukkan kepada anda cara menyediakan wrap avocado dimana ianya mengandungi telu hancur dan juga salad. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kebanyakan supermarket.
Bahan-bahan telur hancur
- Telur
- Mayonis
- Sendiri krim
- Garam
- Campur semua bahan dan bancuh guna garfu.
- Panaskan butter dan masak telur hingga hancur tetapi jangan terlalu garing.
Bahan lain
- Low carb wrap
- Salad mak tam
- Avocado (pilih yang berwarna gelap)
- Tomato (hiris)
Penyediaan
- Panaskan wrap dan tambah tekur hancur tadi.
- Tambah salad mak tam, tomato dan akhir sekali hirisan avocado.
- Lipat dua wrap dan sedia untuk dinikmati!
Low carb wrap amat sesuai bagi pengamal diet LCHF ‘low carb high fat’ kerana kandungan karbo yang rendah. Tambahan avocado menjadikan hidangan ini tinggi lemak sihat yang membantu anda lebih kenyang.
Jangan lupa cuba resepi ini dan mungkin anda akan suka pada rasanya! Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.