Resepi Siakap Kukus Asam Boi Buat Sendiri Lagi Sedap

Resepi berikut ini adalah salah satu resepi menggunakan ikan siakap yang amat popular dihidang direstoran yang menghidang masakan panas. Banyak resepi yang sesuai digunakan bersama ikan siakap ini. Isinya yang putih dan manis selain digoreng juga sedap bila ia dikukus terutama bersama bahan-bahan yang masam masam manis. 

Justeru perkongsian kali ini menggunakan asam boi sebagai bahan utama yang boleh anda cuba sendiri dan berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Seekor ikan siakap
  • 1-2 batang serai – hiris
  • 1 inci halia – hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • Daun ketumbar (pilihan)
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah

Kaedah

  • Rendam asam boi dengan sedikit  air panas (air paras asam boi,jangan banyak sangat) sehingga kembang.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih.
  •  Letak ke dalam pinggan yang sesuai.
  • Sumbatkan serai, halia kedalam perut ikan dan kukus sehingga ikan masak.
  • Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair garam jika perlu. 
  • Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Sambung kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Siap!

Masakan ini sedap kerana buah asam boi memberi rasa yang masam dan manis. Ia biasanya digunakan untuk membuat air asam boi atau aiskrim ataupun dijadikan kudapan bagi peminat makanan bersama. Namun ia juga sedap dimasak bersama ikan siakap manakala cili api memberi rasa yang pedas dan sesuai dimakan bersama nasi panas! Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain