Resepi Seaweed Roll Sushi Yang Rendah Karbo Sesuai Diet LCHF
Jom cuba resepi seaweed roll sushi ini. Resepi berikut merupakan salah satu alternatif bagi pengamal diet rendah karbo. Seaweed roll ini menggunakan seaweed yang biasa digunakan didalam pembuatan sushi. Namun begitu berbeza dengan sushi dimana kandungan utama ialah nasi, seaweed roll ini tidak menggunakan sebarang nasi ataupun sumber karbo didalamnya.
Resepi ini juga telah diolah oleh Asian Keto ia situ seorang pengamal makanan sihat yang bukan sahaja sedap tetapi juga menyembuhkan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Seaweed sheet (kepingan sushi)
- Salad kerinting
- Daun sup/ketumbar
- Lobak merah (potong panjang)
- Timun ( buang tengah dan potong panjang)
- Sengkuang (sagat kasar)
- Avocado (pilihan)
- Cili api merah/cili merah (potong memanjang)
- Telur rebus ( potong bulat dan nipis)
- Chicken slice
Kaedah
- Bentangkan sekeping seaweed bahagian licin dibawah dan bahagian kasar diatas.
- Ambil sehelai daun salad jenis kerinting dan letak diatasnya.
- Kemudian susun bahan-bahan lain.
- Dengan sushi mat, gulung seaweed hingga ketat dan kemudian potong bulat.
- Tip: pisau perlulah betul-betul tajam.
- Siap!
Didalam seaweed roll anda boleh menggunakan pelbagai inti yang anda suka namun utamakan protein yang baik dan berkualiti bagi menambah nilai pada hidangan anda dan juga memberi manfaat yang baik untuk tubuh anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.