Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sayur Campur Suhun Lazat Sempoi Cepat Siap

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan menggunakan suhun yang kini amat digemari khususnya oleh mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan. Ini kerana suhun adalah sejenis mee yang diperbuat dari tepung mung bean dan ia lebih rendah kalori dan karbohidrat. 

Bagaimanapun untuk masak suhun goreng ianya tidak semudah anda menggoreng bihun atau mee, kerana sifat suhun ini yang tidak boleh dimasak terlalu lama atau direbus terlalu lama. Dan dalam perkongsian kali ini kita akan kongsikan cara menyediakan suhun goreng sayur campur. Cara penyediaannya amat mudah dan ia amat sesuai bagi anda peminat sayur. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½  pek kecil suhun
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk pecah)
  • ½ ikat sawi manis (hiris)
  • ½ batang kobis cina saiz kecil (hiris)
  • ½ batang lobak merah (potong memanjang)
  • 5 batang kacang buncis (potong memanjang)
  • Udang ( kopek kulitnya)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu kicap pekat
  • Mula-mula rendamkan suhun dan apabila ia telah kembang, toskan.
  • Gaul suhun tadi dengan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat,ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama udang
  • Masukkan semua jenis sayur
  • Apabila sayur mulai lembut masukkan suhun tadi
  • Goreng sehingga suhun menjadi jernih dan lembut.
  • Siap!

Anda juga boleh menggunakan jagung kecil atau bunga kobis untuk menambah rasa pada masakan ini. Nikmati ia bersama nasi atau makan ratah begitu sahaja sehingga kenyang kerana ianya amat sedap dan pasti digemari terutama jika anda peminat sayur-sayuran. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *