Resepi Samperit Moden Guna 4 Bahan Sahaja Tapi Rangup dan Cair Dimulut
Resepi kali ini merupakan resepi kuih raya yang telah diberi inovasi baru. Semperit adalah sejenis kuih raya yang amat digemari. Ianya mempunyai rasa yang menarik rapuh tetapi cair dalam mulut. Namun begitu bagi kuih semperit yang kita kongsikan kali ini ianya sedikit keras diluar tapi akan terus cair dalam mulut. Bahan-bahan yang digunak juga sangat minima. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan A
- 1 cawan marjerin
- ½ cawan susu pekat
- 1 tsp esen vanila
- ½ tsp pewarna pilihan anda
Bahan B
- 3 ½ cawan tepung jagung
Kaedah
- Kacau bahan A dalam satu bekas hingga adunan menjadi pucat.
- Selepas itu masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan.
- Anggaran tepung jagung adalah sekadar adunan ini menjadi tidak melekat ditangan tetapi jangan terlalu keras.
- Adunan yang keras akan menyukarkan adunan untuk dibentuk menjadi bunga.
- Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
- Siap!
Menarik tentang semperit moden ialah penggunaan warna yang sesuai digunakan bersama semperit ini. Namun itu juga terpulang pada citarasa anda jika anda tidak suka warna biarkan sahaja ia dengan warna aslinya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.