Resepi Sambal Tumis Terung Pipit (Masakan Kampung)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sambal tumis yang sesuai dijadikan hidangan utama. Sambal tumis ikan bilis bersama terung pipit ini mempunyai rasa sedap yang tersendiri. Bagi anda yang biasa dengan sambal tumis, resepi ini juga adalah sama seperti resepi sambal tumis yang biasa kita guna. Hanya perbezaan nya ialah penggunaan terung pipit yang memberi satu kelainan dalam rasanya.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi sambal tumis ikan bilis bersama terung pipit, berikut adalah bahan-bahan yang diperluk

Resepi Sambal Tumis Terung Pipit (Masakan Kampung)

Bahan-Bahan

  • 200g ikan bilis
  • 2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2-3 senduk besar minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar 

  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sedikit

Kaedah 

  • Panaskan minyak,tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
  • Tambahkan asam keping dan bawang besar yang dihiris bulat.
  • Apabila cili mulai garing, tambahkan sedikit air.
  • Masukkan garam,serbuk dan gula.
  • Kacau rata kemudian tambahkan terung pipit dan ikan bilis.
  • Gaul semua bahan sehingga sebati dan tutup api apabila  sambal mulai pekat.
  • Tutup api.
  • Siap.

Buah terung pipit adalah sejenis ulam yang popular bagi masyarakat kampung Buahnya boleh dimakan sebagai ulam mentah atau direbus atau dicelur terlebih dahulu. Dari sudut perubatan pula jus atau air rebusan buahnya digunakan untuk merawat demam, selesema dan masalah pencernaan. Akar terung pipit pula digunakan untuk mengubati masalah tumit atau kulit kaki pecah.

Begitu banyak khasiat terung pipit, jadi anda harus mencuba resepi ini,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Sambal Tumis Kerang

Resepi Sambal Udang Petai

Resepi Sambal Tumis Sotong Petai

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *