Resepi Sambal Tumis Telur Kenduri Kahwin Lauk Recycle Sedap Bangat

Resipi kali ini adalah resipi yang sangat ringkas yang dihasilkan daripada lebihan telur rebus dari kenduri perkahwinan. Acap kali kita menerima telur rebus di hari perkahwinan dalam majlis perkahwinan orang Melayu sebagai buah tangan untuk para tetamu. Namun  begitu ada kalanya kita mendapat banyak telur rebus dan tidak tahu apa nak dibuat dengannya. Berikut adalah salah satu cara paling senang untuk menghasilkan masakan yang enak menggunakan lebihan telur rebus ini,baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 5 biji telur rebus ( kupas kulitnya)
  • Minyak masak secukupnya
  • Baki sambal tumis 
  • Bawang besar hiris
  • Air (jika perlu)

Kaedah

  • Goreng telur rebus yang telah dikupas hingga kulitnya menjadi garing.
  • Tumis bawang yang telah dihiris hingga layu dan naik bau.
  • Masukkan baki sambal dan tambah air jika perlu.
  • Tambah sedikit gula jika anda suka.
  • Sebelum sambal kering masukkan telur rebus.
  • Siap!

Resipi ini menggunakan lebihan  sambal tumis yang disimpan, namun begitu Ianya tidaklah sukar untuk disediakan malah berbaloi kerana amat sedap bila digabung dengan telur rebus, samada makan dengan nasi atau cicah dengan roti anda pasti suka akan rasanya selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain