Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Lejen Sempoi

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi yang amat digemari oleh kebanyakan orang kita. Sambal tumis ikan bilis petai ini merupakan sambal yang diperbuat menggunakan ikan bilis dan dimasak bersama petai, selain dari situ bahan yang digunakan ialah cili kering yang dikisar bersama bawang besar dan juga belacan.Kemudian bahan-bahan ini ditumis sehingga garing sebelum ditambah dengan bahan-bahan lain.

Ada beberapa versi sambal tumis ikan bilis petai yang boleh kita dapati dan memberi rasa yang sedikit berbeza, oleh itu bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan- bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan masakan ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk isi petai
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • 6 biji bawang merah
  • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 1 inci  belacan
  • Dalam minyak yang sama, tumis bawang besar (yang dihiris kasar) sehingga layu.
  • Masukkan bahan kisar halus dan kacau perlahan sehinga sambal pecah minyak dan warna sambal bertukar menjadi merah gelap. 
  • Tambah sedikit air jika kering.
  • Masukkan asam keping
  • Masukkan ikan bilis, isi petai,garam,serbuku perasa dan gula secukup rasa.
  • Masak sehingga sambal menjadi pekat sebelum ditutup api.
  • Siap!

Masakan ini paling sedap dimakan bersama nasi atau nasi lemak, malah ia juga sedap dicicah dengan roti putih. Jika anda ingin jadikan ia inti masak lagi sehingga ia benar-benar pekat dan tidak terlalu berkuah. Jangan lupa mencuba resepi ringkas lagi sedap ini ye, selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Review Options

Enable Review

  • Document
  • Block

No block selected.Open publish panel

  • Document

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *