Resepi Sambal Belacan Goreng Sedap Mengancam
Resepi kali ini merupakan resepi makan sampingan yang paling popular khususnya dikalangan masyarakat Melayu. Sambal belacan adalah sejenis sambal yang diaediakan menggunakan belacan, cili dan diperasakan dengan asam dan beberapa bahan lain.
Namun begitu bagi perkongsian kali ini. Cara yang digunakan sedikit berlainan kerana bahan-bahannya digoreng dahulu, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Cili api segenggam
- Bawang besar sebelah
- Cili merah 3 ulas
- Tomato 1 biji (belah 4)
- 1 biji Limau kasturi (belah 4)
- 2 inci belacan (bakar hingga kering)
- Garam, Gula dan Ajinamoto secukup rasa
- Minyak secukup untuk menggoreng
- Air asam jawa pekat anggaran 2 sudu
Kaedah
- Goreng semua bahan sehingga layu
- Kisar semua bahan hingga sebati.
- Jangan terlalu lumat
- Siap!
Sambal belacan yang digoreng tahan lebih lama, terutamanya apabila ianya di simpan di dalam bekas kedap udara dan diletakkan di dalam peti ais. Untuk menyukat tahap kepedasan bolehlah anda menggunakan cili merah jika anda tidak suka rasa yang terlalu pedas. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.