Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Belacan Cekur Lain Macam Mengancam

author name

Resepi kali ini merupakan resepi sambal belacan yang biasanya dinikmati di dalam hidangan makan terutamanya tengah hari. Sambal belacan paling sedap dinikmati bersama ulam ulaman.

Namun begitu sambal belacan kali ini akan membawa kepada anda, sedikit kelainan apabila menggunakan cekur. Ia adalah antara bahan masakan yang amat baik terutama bagi kaum wanita. Baiklah mari lihat bahan-bahan yang digunakan didalam resepi kali ini.

Bahan-bahan

  • 3 tangkai cili besar
  • 6 tangkai cili kecil
  • 2 inci ubi cekur
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar air asam jawa

Kaedah

  • Cili besar, cili kecil dan belacan ditumbuk lumat. 
  • Tumbukkasar cekur bersama bahan lumat tadi 
  • Masukkan garam & gula. 
  • Gaul sekata. 
  • Campurkan air asam jawa. 
  • Siap 

Untuk mendapatkan tahap pedas yang memenuhi selera anda, gunalah cili api merah yang amat pedas atau sebaliknya guna lah cili merah jika anda tidak makan makanan yang terlalu pedas. Apapun selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *